PESAKA Perlis Johan bagi kategori Tempur Bersenjata

Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru di Universiti Teknologi Petronas Seri Iskandar Perak.

Keris Adat

Ustaz Zubaidillah dan ahli-ahli Pesaka Perlis mengiringi “Keris Adat” di majlis Perasmian Penutup Program PESAKA Perlis pada tahun 2012.

YAB Menteri Besar Negeri Perlis, 2012

Ust Zubaidillah, Guru Utama Sri Gayong Panglima Ulung merangkap Pengerusi Biro Penerangan PESAKA Perlis, sedang memaklumkan prestasi pesilat Negeri Perlis dan Pelancaran Buku Sejarah Silat Melayu yang diterbitkan oleh Perguruan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung kepada mantan YAB Menteri Besar Negeri Perlis, 2012.

Cikgu Pie dan Shah

Cikgu Pie dan Shah merupakan individu yang bertungkus lumus menjayakan program PESAKA Perlis.

“Malaysian Books Of Record”

Pesilat SMK Syed Sirajuddin mewakili Pesilat Perlis ke Majlis Memecah Rekod “Malaysian Books Of Record” , Silat dan Gendang 24 jam di UiTM, Seri Iskandar, Perak..

Thursday, June 11, 2015

GALERI VIDEO FESTIVAL SILAT SENI PIALA YAB MENTERI BESAR PERLIS TERBUKA PERLIS 2015

VIDEO DARI SAUDARA HAZLI OTHMAN

Wednesday, June 03, 2015

GALERI GAMBAR FESTIVAL KEJOHANAN SILAT SENI PIALA MENTERI BESAR PERLIS 2015

SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG KEKAL UNGGUL DI FESTIVAL SILAT SENI PIALA YAB MENTERI BESAR PERLIS TERBUKA PERLIS 2015- JUARA KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH, JUARA KESELURUHAN SEKOLAH MENENGAH DAN JUARA KESELURUHAN REMAJA PRA-SUKMA

FESTIVAL SILAT SENI TERBUKA PERLIS 2015: PENUTUPAN OLEH YB KHARI

Festival Seni Silat Terbuka Perlis bagi merebut Piala Menteri Besar Perlis 2015


Remaja Digesa Sertai Silat, Penuhi Masa Terluang - Azlan



KANGAR 1 Jun (Bernama) -- Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menasihatkan golongan remaja agar mendalami ilmu persilatan yang memberi kebaikan daripada membuang masa tanpa tujuan.

Katanya ilmu persilatan mendidik pengamalnya mendisiplin diri, sabar serta tenang dalam menghadapi cabaran atau dugaan selain membina keperibadian mulia.

"Untuk menjadi pewaris bangsa dan negara, golongan remaja hendaklah sedar nilai yang perlu ada dalam diri mereka," kata Azlan pada perasmian Festival Seni Silat Terbuka Perlis bagi merebut Piala Menteri Besar Perlis 2015 di Dewan Rakan Sukan Majlis Sukan Negeri (MSN) di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri merangkap Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Perlis, Abdul Jamil Saad.

Menurut Azlan, dalam zaman moden sekarang wujud pelbagai bentuk ancaman yang mempengaruhi remaja sehingga ramai tersasar dan terpengaruh dengan budaya barat.

"Saya yakin mendalami ilmu persilatan mampu menjadi perisai yang dapat menangkis budaya songsang dan sebaliknya remaja akan lebih cintakan negara," tambahnya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Jamil berkata sebanyak 260 peserta berumur antara 6 tahun dan 20 tahun dari seluruh negara menyertai kejohanan tiga hari itu yang julung kali diadakan.

Katanya kejohanan itu merupakan persiapan negeri mencari pesilat untuk bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak tahun depan.

-- BERNAMA

sumber : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1140031